Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir.
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah keabadian... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!..Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai sesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan...
mengapa ada cinta?
ada apa dengan cinta?
dalam hati ada cinta?
ada hati nak bercinta?
Sunday, April 27, 2008
CINTA....Renungkanlah
Nukilan dari analiz 0 comments
Wednesday, April 23, 2008
For a tea-time
Tadaaaa...
Nukilan dari analiz 0 comments
Tuesday, April 22, 2008
HEALTH - Important tips
Answer the phone by LEFT ear.
Do not drink coffee TWICE a day.
Do not take pills with COOL water.
Do not have HUGE meals after 5pm.
Reduce the amount of OILY food you consume.
Drink more WATER in the morning, less at night.
Keep your distance from hand phone CHARGERS.
Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
Best sleeping time is from 10PM at night to 6AM in the morning.
Do not lie down immediately after taking MEDICINE before sleeping.
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.
Nukilan dari analiz 0 comments
Wednesday, April 16, 2008
Uuuuhhh...bestnya!!!

Nukilan dari analiz 0 comments
Tuesday, April 15, 2008
Thursday, April 10, 2008
Back dated 1st April...(April fool)
Nak dijadikan citer...dah lama lah dulu...bila aku teringat tarikh ni 1 April...(org kata April fool)...teringat pada sorang member aku nih...masa tu dia citer ngan aku...nak gelakkan, kesian...kelakar pun ade...hehehe
Aku tak ingat kisah tu terjadi pada tahun bila...dah lama dah pun!!!...Citernye gini...member ni dulu kerja shift...3 shift...kebetulan pada masa itu turn dia shift pagi...So, seawal pagi 1 April tu...jam loceng dia berbunyi tepat pada pukul 6pg...macam biasa dia mandi dan solat...kemudian terus g kerja...dia hairan kengkawan serumah nya tak bangun2 lagi...so, dia meneruskan perjalanan untuk ke office...jarak dari rumah ke office tu tak jauh cuma setengah jam aje...jalan pun tak jamme...ye lah awal pagi lagi!...sesampai nya dia di pos pengawal...JAGA tu pun bertanya...
JAGA : Aik!! apasal encik sampai opis awal???
Member : $$$$$$$$$$@@@@@@#$#$##$# terpinga-pinga
JAGA : Jam baru pukul 4 pagi encik
Member : Hah!!!...Eh!, jam saya pukul 7pagi
JAGA : Haiyaaaa...betul encik,saya tarak tipu...tengok!!!(dgn menunjukkan jamnya)
Dengan perasaan hairan...member tu pun bertanya kpd JAGA itu
Member : Hari ini berapa hari bulan?
JAGA : 1 hb April encik...kenapa???
Member : Sah aku kena April fool...hampeh!!!!
Dengan perasaan marah bercampur geram...dia pun pulang ke rumah...apabila sampai di rumah(tau lah ape yang terjadi kan )...dia terus mengejutkan kengkawan nya yang sedang tidur..dan bertanya siapa punya angkara itu...mereka semua gelakkan dia...rupa2nya...semua jam di dlm rumah...jam tangan...jam di kereta di ubah...kahkahkah!!!!terkena juga akhirnya...kasihannnn
Nukilan dari analiz 0 comments
Manik oh Manik...
Nukilan dari analiz 0 comments
Wednesday, April 9, 2008
Coming soon edition...
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Discount Magazine Subscriptions - Save big!
Nukilan dari analiz 0 comments
Edisi terhad
Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com
Discount Magazine Subscriptions - Save big!
Nukilan dari analiz 0 comments
Thursday, April 3, 2008
Wednesday, April 2, 2008
Busy day...
Hai...
Penat lah...hari ni aku rush ke sana ke mari...hari ni pun dah 2hb April...kejap je dah melangkah bulan keempat dalam tahun 2008...mana nak uruskan gaji staff...nak kena pergi bank...cukup masa nak ambil anak balik sekolah...tapi itu semua dapat diuruskan dengan sempurna...Alhamdulillah
So,...bila dah sibuk..dapur pun tak berasap..beli lauk saja...janji makan!!!anak2 pun tak memilih...jadi petang tadi lepas je solat zohor..aku planning nak cleaning satu rumah...dah lama rasanye tak proses ape yang patut...bila dah mula buat kerja tu..mmg dah tak tahu nak berenti lah...segala sawang yang ade...semuanye clear!!!..puas hati akuk...kipas dan lampu2 pun aku lap...cuaca kat luar pun hujan lebat...jadi tak berpeuh sangat...sejuk...alih2 aku tengok jam dinding dah pukul 5pm...lantai pun dah boleh buat cermin...pukul 6pm aku terus mandi dan solat asar pulak...lepas je solat...lipat kain baju yang dah berbakul2...nasib baik ade anak dara tolong...hehehe...rajin dia...siap akhirnya kain baju berlipat...memang petang tu takder can ler nak tutup mata...hikhikhik...
Mlm nyer pulak...kengkadang aku berchating ngan member siber..(kalau rajin)...kalau xder pun aku just tengok email...cukup masa tidurrr...Adios
Nukilan dari analiz 0 comments









