forever love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers a>

***My Slide Show***

Monday, June 23, 2008

Tahukah anda????....

Salam...

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) .

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan2 berikut:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakannya badan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)...

Wassalam...

Sunday, June 15, 2008

Happy Birthday....

tadaaaa...ari ini adalah Harijadi suamiku yang tersayang...genaplah umurnya....semoga abang dilanjutkan usia,dilimpahi rahmat dan kesejahteraan dalam menjalani kehidupan bersama isteri dan anak-anak...Kami sayang Ayah!!!!

Saturday, June 14, 2008

Kesiannye dia...teringat pulak citer lama

Salam...

Tadi aku dah baca lah blog teman ku itu...Sabar je lah ok...nanti dapat juga tengok baby2 tu...bila ku baca alkisahnya, sama lah ape yang terjadi pada ibuku...berlaku pada tahun 2000.(citer lama)...tapi masa tu aku yang sedang betarung nyawa utk melahirkan anakku yang pertama...aku di admitt kerana Bledding(tumpah darah)...sebab ape bledding kerana 'plasenta previa'...baru tahu yang kandungan aku tu plasenta previa...aduh!!!!...so memang takde pilihan kena operate...doktor bagitau aku nak tunggu sampai kandungan ku cukup 9 bulan...sebab baby pun tgh lemah...tapi berat baby ok...(boleh pulak nak tunggu2)...memang aku tak boleh tunggu lama sebab darah banyak keluar...so doctor bagi surat untuk aku sign... kira tanggung risiko...pukul 4pg aku masuk OT dan keluar 20minit selepas itu...baby kena dimasukkan dalam inkubator sebab paru-parunya lemah...dengan keadaan aku yang tak boleh bangun masa itu...my mum temankan aku di hospital...yang sedihnya masa tu dia kena halau dengan security guard hospital tu....kurang asam betul!!!...dia kata tak boleh duduk dalam...you kena tunggu luar...masa tu jam pukul 4 lebih...mana mak aku nak pergi masa tu???sedih lah dia masa tu...yang misi lain pun tak leh nak backup...(bukannya nak salahkan misi2 di malaysia ni)...tak semuanya yang begitu...

Friday, June 13, 2008

Happy Father's Day...

Salam...

Ha!!!lepas bulan May, bulan Jun pulak muncul...dlm bulan ni kita pula akan celebrate Hari bapa...so kepada Ayahanda tersayang dan ayahanda mertua di ucapkan SELAMAT HARI BAPA...dan tak lupa juga My lovely husband,...semoga menjadi ayah yang terbaik buat anak2..

Thursday, June 12, 2008

Wedding Anniversary...

Salam...

hari ini adalah hari Ulangtahun perkahwinan yang ke-31 ayahanda dan bonda yang tersayang...ku berdoa semoga kalian berdua di panjangkan jodoh hingga ke akhir hayat dan dilimpahi rahmat dan kesejahteraan untuk menjalani kehidupan bersama-sama...

Friday, June 6, 2008

No special topic...

Salam....

huhuhuhu....school holiday to be ending...takde yang menarik pun xtvt masa cuti sekolah....just first weekend hari tu saja aku and family balik ke kampung mentua...dan sempat melawat makcik di taiping...itu saja...4 hari kami diPenang...ingatkan otw balik tu nak singgah Bukit Merah...tidur sana kot semalam...tapi kerja suami ku menunggu di KL...so terpaksa rush balik jugak....

Untuk minggu ni pun just bawak anak2 g tengok wayang di Mines TGV...citer pun tak berapa best!!!...layan je lah...anak2 nak tengok citer Kungfu Panda tu...tapi belum di tayangkan lagi...Hari ahad ni sepupu ku akan melangsungkan perkahwinannya pada 8hb.Jun 2008...wajib hadir tu!!!!...my mom mesti very the busy kat umah makcik aku tu...almaklum ler orang kuat katakan...



Inilah dia pic Pengantin Syazana dan Zaikiha-8hb Jun 2008