forever love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers a>

***My Slide Show***

Friday, August 29, 2008

:: Aimee menamatkan zaman bujangnya ::


Selamat Pengantin Baru Aimee dan Azril...


Aimee dan Azril selamat diijabkabulkan oleh adik lelakinya Hafiz pada 28hb. Ogos 2008, jam 8.15 mlm di kediaman keluarga Aimee di Ampang....Majlis itu diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran teman2, keluarga kedua belah pihak dan saudara mara serta jiran tetangga...hah kau!!!...Semoga jodoh ini berpanjangan dan kekal hingga ke anak cucu....Amin
menerima mas kahwin dari suami tercinta...
menyarung cincin ke jari isteri tersayang...
kini sah menjadi suami isteri...
bergambar bersama Nenda tersayang...

p/s: sorry sebab tak dapat hadir di majlis itu...

Thursday, August 28, 2008

:: Selamat datang Ramadhan ::

Bahang Ramadhan kian terasa
saat Syaaban menampil diri dan
tanpa sedar berlari meninggalkan kita
merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung dalam
kiraan panjang kehidupan
Ramadhan bakal datang
menjengah diri dalam
rekahan nafsu insan
yang bergelodak sepanjang musim
dalam diam meriak kesedaran
buat mukmin yang patuh pada
yang maha khalik
Ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
Apakah ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali
yang banyak dibiarkan berlalu
tanpa diisi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih tan takbir...
Syukur pada Ilahi kerana Ramadhan masih sempat ditempuhi...
Kepada Muslimin dan Muslimat Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Friday, August 22, 2008

:: Happy Birthday to My lovely sister ::

Happy Birthday...

Wishing U happiness and better life...

Tuesday, August 19, 2008

Destinasi seterusnya.....

Pada hari Ahad kami bertolak balik dari Penang...ingatkan nak balik KL, tapi fikir2 cuti kan panjang lagi,so on the way tu kami singgah di Bukit Merah Laketown...Si Aiman memang belum pernah ke sini...kami sampai pun dah malam dan stay di Suria Service Apartments.....
apartment dia memang cantik...banyak facilities disediakan...gyms, karaoke, sauna, Cinema, etc.






Swimming pool Suria Apartment...




Di Ecopark, Bukit Merah Laketown

berposing di Kampung Air




melayan sang rusa makan...








melalui kawasan Ecopark sepanjang 800meter...

Sunday, August 17, 2008

Jom Jalan-jalan!!!

Minggu ni kan minggu cuti sekolah...masa kami balik kampung bercuti kami sempat bawak anak2 g jenjalan...yang anak bujang aku sorang tu memang minat dengan cite2 dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...so kami pun bawak dia ke rumah P. Ramlee di Jalan Perak, Pulau Pinang...
















Sempat posing dengan basikal tua...

Saturday, August 16, 2008

:: Alhamdulillah ::

Salam...

Sudah 3 hari cuti sekolah berlalu...isnin depan budak2 dah mula ke sekolah kembali...hari jumaat lepas kami sekeluarga becadang nak balik ke kampung...lama rasanya tak jumpa atok ngan nenek depa nih termasuk makcik depa atau adik ipar aku...masa tu aku jumpa dia dah sarat 8 bulan...insyaAllah raya nanti bersalin kot...dapat anak buah lagi!!!!...mereka ni dah berkahwin selama 6 tahun...baru la ni tuhan nak bagi rezeki....Alhamdulillah...semoga selamat semuanya...