forever love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers a>

***My Slide Show***

Tuesday, November 18, 2008

PETUA atau PEKHTUA...

Salam...

Ni ada lah serba sedikit PETUA yg aku nak kongsikan dengan kalian semua...Adakah kita di zaman ini ade mengamalkan PETUA nenek moyang kita dulu????...kalau ade meh la kita kongsi bersama...kadang2 PETUA yang kita amalkan itu ade kebenarannya...kalau tak percaya silakan CUBA!!!...

1. Untuk melembutkan daging...
Daging di potong dan direbus bersama sebatang SUDU,...biarkan sehingga daging itu lembut...sekiranya kita memasak rendang daging atau 'Ayam Pencen', SUDU juga boleh dimasukkan kedalam rendang itu...


2. Untuk meredakan tekak...
Kadangkala apabila kita banyak minum ais atau air sejuk, tekak kita akan rasa tidak selesa apabila bangun dari tidur, oleh itu apabila bangun dari tidur seawal paginya hendaklah kita ambil SENDUK nasi dan diisi dengan air paip dan diminum beserta denga selawat 3kali...InsyaAllah tekak kita tu akan rasa selesa kembali...


3. Untuk Mata yang ade ketumbit...
Orang kata bila mata ade ketumbit ni...mengintai orang tgh mandi, betul ke???tak tahu ler kebenarannya...untuk mengelakkan ketumbit itu naik membesar, kita hendaklah mengikat jari 'hantu' itu dengan benang yg berwarna HITAM,..kalau ketumbit itu dimata kanan,..ikat benang di jari KIRI,..kalau ketumbit itu dimata kiri,..ikat benang dijari KANAN...


4. Untuk menghilangkan bau cili...
Apabila kita hendak menumis cili kering yg di mesin,..kan baunya tidak menyenangkan dan pada sesapa yang ade penyakit resdung tu,...memang kena tutup hidung,..untuk mengelakkan dari baunya yang perit,..sebelum kita memasukkan cili itu hendaklah kita masukkan dahulu sedikit GULA PASIR kedalam minyak yang panas tadi, dan barulah kita masukkan cili tadi...tumis seperti biasa...adakah baunya memeritkan hidung anda????...

5. Apabila menumbuk bawang...
Kadang-kadang bawang yang kita tumbuk,..adekalanya memedihkan mata,..untuk mengelakkan ianya terjadi,..hendaklah kita masukkan sedikit GARAM bersama bawang tadi, dan di tumbuk sehingga lumat...tetapi harus diingat, sekiranya kita terlebih masukkan GARAM itu,..apabila menumis masakan yang menggunakan bawang tadi,..rasa terlebih dahulu masakan anda agar ianya tidak terlalu masin apabila anda hendak menambahkan garam kedalam masakan tadi...

***SELAMAT MENCUBA!!!!***

0 comments: