
Salam...
aduhaiii...lama nya x update blog ni,banyak sawang pulak rasanya...N3 kali ni pun cuma nak wish happy birthday to my eldest daughter Aina Nazira...She is 9 years old now...dah besar anak mama rupanya...semoga menjadi anak yang solehah dan cemerlang dalam pelajaran...
*** Mama SAYANG kaklong ***
Friday, November 13, 2009
Happy birthday Sayang ....
Nukilan dari analiz 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
Lebaran yang dinanti..

Kepada semua Bloggers, kami ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin..
Yang pulang beraya di kampung, semoga selamat sampai ke destinasi anda..
Nukilan dari analiz 0 comments
Thursday, September 3, 2009
ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-10
ALHAMDULILLAH...
Hari ini 04hb.Sept 2009, adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10...aku bahagia di samping suami tercinta dan anak-anak tersayang...semoga jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat...I LOVE YOU DARLING..
Nukilan dari analiz 1 comments
Friday, August 21, 2009
Wednesday, August 12, 2009
hahaha...kebizian melanda sekarang
Salam you alls...
Hah! kita sudah sedia maklum bahawa kawan-kawan di Facebook,..sekarang ni 'sibuk' bercucuk tanam...takde keje!!!just untuk seronok kumpul coins...bila dah masuk FarmVille tu memang tak boleh berenti dah...ade yang sanggup set jam, semata2 nak petik sayur...takut nanti pokok mati...rugi!..kuikuikui.
Pada yang main Mafia tu...Good Luck ler pada Mafia2 tu ye...aku lom joint lagik!!...yang tu lagi ganas...leh rompak rete orang...Mafia lah katakan...kalo betul ade Mafia kat Mesia ni,haiii alamat ramai yang masuk penjara..
Nukilan dari analiz 0 comments
Thursday, August 6, 2009
Happy Birthday Kak...

Sebenarnya birth date kakak ni dah lepas, pada (04/08/09)...aku x berkesempatan nak wat N3...kebizian melanda kerana sibuk bercucuk tanam...hahahaha..
So nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY kat KAK...semoga panjang umur dan ditambahkan lagi rezeki serta cahayamata...amin
Nukilan dari analiz 0 comments
Friday, July 31, 2009
Gula oh Gula....
Salam...
haiii...ari ni dah banyak kedai aku pi xdak jual gula...dah abis!!!..asal pulak sekarang ni stock gula kurang...depa ni nak catu lagi gula ka???...tu aku tak pi care4 ngan tesco lagi...ape pulak kesnya...bekalan gula kat umah ni pun dah tipis2 je...kang ade pulak yang minum air tawar@kosong...tapi itu pun lebih elok gak dari minum air manis selalu...bukan apa,sesekali tu dan setiap pagi sekurang2nya kita kena amik gula untuk tenaga kan???takkan nak minum air kopi ngan teh xdak gula!!!...nasib2
Nukilan dari analiz 0 comments
Tuesday, July 21, 2009
Errr...apa nak buat time nih????
hikhikhik...aku pun tak tahu ape yang akan aku lakukan pada esok hari jam 11.30pg-4.00ptg???hah lama tuh...korang pun tak tau kan???time tu ler TNB nak shoutdown elektrik utk nak upgrate pencawang2 TNB yang terlibat...so blackout la kejap...kejap ke???3-4 jam gak tuh...mana nak pergi ya???dok rumah mesti kepanasan...
Nukilan dari analiz 0 comments
Monday, July 20, 2009
Thursday, July 2, 2009
TAG FROM MAMAMIA...
Tag zaman kanak-kanakku..


Sila perihalkan Gambar tersebut??(Cth:Tika, sewaktu bila, dimana atau sbg.)
gambar2 tu semua masa umur aku bawah 3 tahun...kat umah nenek (masa kecik aku dijaga oleh nenek) maklumlah mak ayah keje...
Tika ini anda anak yg no. berapa dalam keluarga???
Aku anak yang sulung (Along)
Perihalkan tingkahlaku, tabiat, peel & perangai anda waktu itu.
biasa biasa ajer.. tapi memang kuat menangis..dan suka di bawa jalan2
Aku nak TAG kat sesiapa yang sudi singgah blog aku ni...buat lah ye...nak gak tgk pic zaman kecik2 korang.
Nukilan dari analiz 1 comments
Wednesday, July 1, 2009
All the best to you MAMA...
Salam...
hari ini my Mum mendaftarkan diri di Kolej Kejururawatan, Port Dickson untuk mengikuti kursus selama 6 bulan...Kursus ini adalah untuk menaikkan tangga gaji yang sama dengan gaji Jururawat Masyarakat...sekarang ni cuma pembantu jururawat je...dapat la naik sikit gaji...Nurse2 yang dah nak dekat pencen sahaja yang terpilih..
So selepas tamat kursus ujung tahun ni, insya allah Mama akan bertugas selama 6 bulan dan terus pencen..
Nukilan dari analiz 0 comments
Monday, June 15, 2009
Happy birthday DARLING...
Salam...
Happy 36th birthday darling...
Semoga abang dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah...
We all very proud of you as a husband and a daddy..
Sayanggg ayah!!!
Nukilan dari analiz 1 comments
Wednesday, June 10, 2009
Sekadar renungan...
Salam...
ORANG tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.
Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.
Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.
Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.
Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.
Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?
Kepercayaan sekadar satu panduan
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:
Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Sulung – Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
Sulung – Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
Tengah – Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
Tengah – Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
Bongsu – Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.
Nukilan dari analiz 0 comments
Dah 32 tahun....
Salam...
Pada hari ini 10hb.Jun 2009, adalah hari ulangtahun perkahwinan mama dan ayahku yang ke 32 tahun...Alhamdulillah aku bersyukur dan berdoa semoga ma dah ayah bahagia hingga ke akhir hayat...Along sentiasa support ma dah ayah...Tabah hadapi segala dugaan yang telah diberikan olehNya..
Nukilan dari analiz 0 comments
Wednesday, May 27, 2009
Layanzzz..
Salam...
Piccas ni aku jumpa dlm cd...saje nak attach balik pic si aiman tak kisah ni..
Nukilan dari analiz 0 comments
Monday, May 25, 2009
Kenangan@SAMUSKD...
Nukilan dari analiz 0 comments
Saturday, May 16, 2009
Dugaan...dugaan...
Salam...
Adakah ini dugaan???...huhuhu..Pada 14/5/2009 macam2 perkara terjadi kat aku...mula tu pada hari tu hujan selebat2nya, talian telefon umah tetiba rosak, fax n printer aku out (tak tahu ngapa)agaknya shorcircuit kot,pastu petang tu aku nak mop lantai..mop aku lak patah, and last but not least, aku nak anggkat kain kat balkoni,tetiba sliding door aku tak boleh buka langsung...tolak bagai nak rak pun dia tak gerak,so aku tgk la roll dia kat bawah tu rupanya terkeluar dari landasan..malam tu pulak aku nak tgk email, nak sign-in..keyboard aku pulak wat hal...so takleh nak thru email n update blog..Aduhhhh...macam-macam hal!
Nukilan dari analiz 1 comments
Tuesday, May 12, 2009
Owh!! My Old Friends...
Salam...
Gumbiranya aku hari ni, dapat contact balik kengkawan lama...bayangkan lama tu tak berhubung...ni sume tuk kawan-kawan aku di SAMUSKD 1991-1995...alhamdulillah tuhan panjangkan jodoh kita lagi...rasanya ade la dlm 14 tahun...uish!!! satu jangkamasa yang panjang tu...kami dapat berhubung pun melalui Yahoo Group(samuskd_91-95)...masing-masing dah ade family sendiri...
Dengar-dengar citer organizer nak wat Reunion....Wah! bestnya...harap2 planning menjadik...
Semoga ketemu kalian nanti...InsyaAllah
Nukilan dari analiz 1 comments
Friday, May 8, 2009
Happy Mother's Day MAMA...

Comments for Myspace
Pada MAMA tersayang IJAH BT. ABDUL GHANI,terima kasih diatas segala pengorbanan yang telah dilakukan...I'm very proud of YOU...Luv U so Much!!!!
Nukilan dari analiz 0 comments
Thursday, May 7, 2009
Bertambah setahun lagi...

Myspace Happy Birthday Comments
Tarikh 7hb.Mei 2009, adalah harijadi ku yang....????.aku nak ucapkan JUTAAN terima kasih diatas tanda ingatan teman-teman (nak sebut ramai sangat!), mama, ayah, adik, abang, angah, mengirimkan SMS dan especially husband tersayang, yang sentiasa menyayangi ku seadanya...
Aku bersyukur kehadrat Illahi kerana diberi kesihatan dan kesejahteraan dalam melayari kehidupan...
Nukilan dari analiz 0 comments
Monday, May 4, 2009
Mama...Along dapat lagik...
Hah ape yang si Along tu dapat???...tadi masa aku ambil dia balik sekolah...dia tunjuk kat aku dia dapat Piala...dapat tempat KETIGA dalam Bulan Panitia Matematik 2009 untuk Design of Symmetry Lines...
Tahun lepas dapat tempat KEDUA dalam Bulan Panitia Sains...Alhamdulillah jadi lah...
***pic piala tak dapat nak di interframe kan kat sini sbb kamera tak dak!!!
Nukilan dari analiz 0 comments
Sunday, May 3, 2009
Macam orang putus cinta!!!
Salam...
Ni aku nak citer pasal anak bujang aku yang sorang ni la...umur dah 4 tahun...dah lama aku cadang nak 'ceraikan' dia dari botol susu...dari hari ke sehari...tak jadi-jadi juga...alih2 laborday ari tu kami balik lah ke umah tok nenek dia...nenek dia pun dah bising2 suh jangan bagi dia hisap botol,kang gigi jongang...
Pada hari tu mak aku dapat satu idea...dia masukkan cengkerik dalam botol susu tu...dan dia tunjuk lah kat anak aku...punya la dia geli terus tak nak hisap botol dah...
hari Sabtu kami pulang ke rumah, dia pun mintak susu...aku cakap kalau nak minum susu guna cawan...taknak!! Aiman nak botol (mmg stok botol lain ade lagi)...so aku pun bagi lah botol yang ade cengkerik tu...pastu dia terus mintak susu dalam cawan..
Bila aku dah bancuhkan susu tu...dia minun, minum jugak tapi dengan muka yang...alah!!! mmg kesihan ler kalau nengok...cam orang hilang sesuatu...ye lah!! dah terpisah ngan 'candu' dia...kesihan pun ade!...tapi mmg aku terpaksa 'ceraikan' kalau tak buat dari sekarang,...lambat laun lagi susah...kakak dia pun umur 4 tahun dah minum susu dalam cawan...
Nukilan dari analiz 0 comments
Hepi besday...
Salam...
Pada 3 May 2009 ni ade 2 orang sahabatku telah meyambut harijadi yang ke-31...hahaha dah bertambah ler usia ...
kepada Along (Rafidah Ayob) dan Misha...ku ucapkan semoga kalian dipanjatkan kesyukuran dan diberi keizinan untuk terus mengharungi liku-liku kehidupan dalam menjalani kehidupan...
Nukilan dari analiz 0 comments
Tuesday, April 28, 2009
Pelangi oh Pelangi...
Orang kata pelangi ada tujuh warna. Tapi betul ke kita nampak ketujuh-tujuh warna pelangi tersebut? Apa yang nyata kita hanya nampak pelangi dengan berbagai-bagai warna tanpa mengira 7 warna yang terdapat padanya. Manusia juga sering begitu. Hanya membuat penilaian yang mudah dari luar. Di mana, tidak pernah cuba untuk menilai dan mengira nilai kebaikan pada seseorang itu. Hanya melihat dari luaran tetapi tidak dari dalaman. Tetapi kenapa pelangi mesti datang dan pergi? Tak bolehkah pelangi hadir setiap masa? Dengan itu, bolehlah sentiasa ditatap kecantikan pelangi itu. Adakah dengan itu, kita harus mengejar pelangi? Mengharap sesuatu yang tidak mungkin barangkali? Hidup ini terkadang seperti mengejar pelangi. Indah dan mengasyikan, namun semakin dikejar semakin jauh ia pergi. Jadi perlukah kita terus mengejar pelangi atau berhenti pada satu titik pasti….? Adakah kita akan terus mencari dan mengejar pelangi padahal kita tahu tidak mungkin itu terjadi? Adakah dengan itu kita harus berhenti berharap? Berhenti pada satu titik di mana tidak akan berpaling untuk terus mengejar pelangi? Kita tak tahu di mana penghujung pelangi? In fact, kita hanya nampak pelangi tanpa mengetahui di mana penghujungnya. Benar kata orang, hidup seperti pelangi. Kita tahu dan kita nampak kewujudannya tetapi kita tak tahu apa penghujungnya atau apa kesudahan hidup kita.
Ada orang pernah cakap, “kalau boleh aku nak jadi pelangi sebab pelangi sangat cantik. Kalo boleh, aku nak mewarnai kehidupan kau dengan warna-warna yang terdapat pada diriku..” Tapi bagi aku, pelangi datang dan pergi. Lepas hujan turun, pelangi akan muncul dan kemudian terus berlalu pergi..
Ada orang lain juga pernah cakap, ” Kalau boleh aku nak jadi matahari. Aku akan menyinari dan memberi cahaya dalam hidup kau. Tika hidup kau dirundum kegelapan, aku akan sentiasa bersama memberi cahaya untuk kau terus bersinar..” Tapi perasan atau tidak, matahari mula hadir tika subuh dan akan berlalu pergi tika surutnya mentari.. Tak kisahlah apa yang mereka hendak jadi. Tapi, apa yang pasti aku nak jadi awan. Kenapa? Kerana bagi aku awan sentiasa bersama kita. Tidak kira siang atau pun malam. Dengan kehadiran awan, hidup kita akan sentiasa teduh. Jadi, dengan kehadiran awan, kita akan sentiasa berteduh bersama.. Kau dan Aku.. Di manakah penghujungnya pelangi?
Nukilan dari analiz 1 comments
Aku tak paham la!!!...
Salam...
Dah lama aku tak N3 kat sini...takde citer yang menarik pun...mood pun takde...tapi petang tadi aku rasa cam aku ke yang bersalah atau pun 'dia' yang malu dengan ape yang telah terjadi...aku dah nasihatkan pada dia tapi, dia tetap dengan keputusan dia...so go head!!
Ari tu ye2 citer masalah dia ngan aku dan semua orang kat sini, tapi bila nampak kami,buat2 cam tak nampak je..kita pun tertanya2 asal dia tu begitu...selama ni kalau nampak dari jauh pun dah angkat muka, senyum...ni tak...menonong je jalan terus cam nampak hantu...Pelik gak aku!...kami ade buat salah ke kat dia...aku pun malas nak kusut2kan kepala otak aku memikirkan masalah dia...biar je lah dia settlekan sendiri...harap2 sumenya OK..
Nukilan dari analiz 0 comments
Friday, April 24, 2009
Happy birthday My Frend...
Salam..
Pada pagi ni aku call lah My best frend ni...tapi tak berjawab...tujuan aku call dia nak wish happy birthday la kat dia...tak lama tu aku terima SMS dari dia mengatakan dia kini berada di Tanah Suci, mengerjakan Umrah...Alhamdullilah Pah, ko sampai ke tanah suci dan bertemu kaabah pada harijadi ko...semoga segala doa akan dimakbulkan...InsyaAllah...
Aku ucapkan semoga ko selamat kembali ke tanahair..
Pada hari ini jugalah Company aku telah ditubuhkan...sudah 6 tahun...kejap je rasa
Nukilan dari analiz 0 comments
Wednesday, March 18, 2009
Kesunyian melanda diriku...
Salam....
Uhukhukhuk...terasa pulak sunyi umah aku, maklumlah anak-anak balik umah atok dan nenek dia, tidur sana beberapa hari ni,hai....nasib baik la cuti sekolah seminggu aje...kalau lama, mama boleh jadi biul sorang2 kat umah...ayah dah la kerja balik tak tentu masanya...
Memang terasa sunyi bila depa ni takde, kalau ade tu asyik gaduh je kan???...bila aku ngan abg bangun tidur tak dengar pun suara anak2...hai sunyi betul!!!
Selalunya bila anak2 ade macam-macam kerja boleh buat...ade je yang nak dibuat, dengan melayan kerenah diaorang...ni bila depa takde, aku cam jadi mati kutu pulak!!!...kalau ibu2 lain mesti dia rasa agak bebas sikit bila anak2 takde...bergerak kemana sahaja yang diorang nak pergi...tapi bagi aku yang biasa ditemani anak2 walaupun kemana sahaja, aku rasa cam pelik...
Hai....macamana lah nak berpisah lama-lama ni???...yang sekejap ni pun dah tak tentu arah..so kena g amik diorang balik cepat ni....
Nukilan dari analiz 3 comments
Thursday, March 12, 2009
Happy birthday Aiman...
Alhamdulillah...hari ini anak Mama dah pun 4 tahun...Mama berdoa semoga anak mama ni sihat sejahtera..dan sekarang ni pun dah banyak cakap...kalahkan orang Tua!!!...so soalan yang selalu di tanya oleh Aiman terjawab sudah...
Aiman : Mama bila harijadi Aman (Aiman)??
Mama : Harijadi Aiman lambat lagi...
Pagi tadi lepas Aiman bangun tidur, ayah wish happy birthday kat Aiman, Aiman pun bertanya pada Mamanya pulak
Aiman : Mama, hari ni harijadi Aman ye?
Mama : Iya...(ape nak bagi pulak ni??)
So kami ingat nak celebrate pada hari sabtu ni...just untuk menghiburkan hati anak bujangku sorang...
**pic takde lagi...nanti kalau ade aku attach kat sini..
Nukilan dari analiz 1 comments
Thanks my Friend!!!

huhuhu...walauapapun aku nak ucapkan Terima kasih ler bagi Award ni...terima kasih daun keladi,kalau ade bagi lagi...biar penuh N3 aku...
Nukilan dari analiz 0 comments
Sunday, March 8, 2009
Happy Anniversary Sis!
Salam...
Sukacitanya N3 aku kali ni, aku nak attach la Wedding pic diaorg nih...tup tap tup tap dah 2 tahun berlalu...pahit dan manis diharungi bersama...cuma belum ade rezeki untuk menimang cahayamata...insyaAllah...semoga jodoh you all berdua berpanjangan hingga ke akhir hayat...
Nukilan dari analiz 0 comments
Saturday, March 7, 2009
Weekend yang membosankan....
Aduhhh....boring nya rasa!!!!...mana nak pergi dan ape nak buat ek????kalau nak tidur toksah cakap ler....kepala ni dah naik poning dibuatnya...uhuhuhu...
My darling Demam!!!...tau-tau aje lah kalau dah tak sihat...rumah pun cam suram je...tak boleh g mana2...kena tengok2 gak dia tu....siannnn abg..
Aku ler yang paling bosan...anak-anak asyik layan citer cartoon...Wonderpets!...tiap2 hari tgk citer Wonderpets...aduh!!! sampaikan Mama dia pun dah hafal lagu wonderpets tu...takder can nak tengok channel lain....sakit otak!!!!
Nukilan dari analiz 0 comments
Monday, March 2, 2009
Friendship Forever...
Nukilan dari analiz 0 comments
Tuesday, February 24, 2009
Biskut Sayang????
Salam..
Pagi tadi lepas masak aku pun on ler internet,..tgk email...ade satu email ni aku dapat dari member lama aku...dia hantar pic biskut...tgk la pic2 tu...memang SAYANG kita nak makan kan biskut tu???tapi berapa tahun nak simpan???hehehe



Nukilan dari analiz 2 comments
Thursday, February 19, 2009
Birthday lagi...
Salam...
Sebelum terlambat akak nak wish la Happy Birthday untuk 2 orang yang tersayang...adik2 ku...Siti Mazyani and Isfa Aidha...depa ni lahir pada hari yang sama iaitu pada 22hb. Februari...
Pada Angah : Semoga dugaan yang dilalui,dapat dilakukan dengan mudah...dan berjaya dalam Kursus anda..
Pada adik Yanie, bila ler akak ni nak makan nasi minyak kau dik????
Nukilan dari analiz 0 comments
Award, Award and Award...
Nukilan dari analiz 0 comments
Alhamdulillah...
Aduhhhh...banyaknya spider!!!hahaha...dalam ni mana ade spider???VIRUS adelah!!..citer sal VIRUS ni,PC aku buat hal..kena Format balik...Aduh!!!mati akal kejap aku...dah biasa dok diam layan internet...alih2 PC xleh nak tunaikan permintaanku...
actually PC aku tak OK lagi..under repair...ini pun aku nyempat ler edit dari mana PC or CC or whatever...hahaha...
Nukilan dari analiz 0 comments
Monday, January 26, 2009
Anniversary...
Salam...
Sorry la.. cheq lupa nak masukkan N3 ni masa letak Pic Pa'Chu aritu...sebenaqnya pada 26hb. Jan itu juga adalah hari Ulangtahun Perkahwinan adik ipaq ku yg ke????allah!!!cheq tak ingat la pulak!!!...tapi apa2 pun semoga jodoh kalian berdua kekal ke akhir hayat, dan yang dihajati telah pun termakbul dengan lahirnya seorang cahayamata lelaki...penantian selama ini telahpun berakhir...Alhamdullillah...

Pada Pa'Chu Hepi Besday yang ke????...alamak Pa'Chu kami dah tua la...bila kami nak jumpa the future Ma'Chu ni???..dah lama tak pekena Nasi minyak..
Nukilan dari analiz 0 comments
Sunday, January 25, 2009
Tag lagi...
** This Tag from MamaMia...actually dah lama dia bagi kat aku, cuma takde masa nak buat, anywhere thank you My Frend...
Nukilan dari analiz 0 comments
Friday, January 23, 2009
Tag from MamaMia...
Hai bercinta nak jawab Tag ni...tak amik kang merajuk pulak org tu...Dah org nak kasi kan...Amik je lah...
* Done *
2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda
MamaMia
3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang
1) Seorang yang mudah dikenali dan cepat mesra...kalau tak kenal org kata sombong...
2) Mempunyai pendirian yang muktamad...kalau dia nak yang itu, Maka itu lah bagi dirinya...:)
3) Mudah menangis...:(...walaupun tak bersalah!
6) Tak suka susahkan orang lain, suka buat sendiri selagi terdaya...walaupun keja lelaki
8) Paling tak suka buat kerja last minute...menyusahkan diri sendiri!!!
9) Suka makan Steak-Lamb chop...mmg pantang!
10) Gedung membeli-belah ialah Jusco..
Nukilan dari analiz 1 comments
Thursday, January 22, 2009
Happy Besday!!!...
Salam...
Sudah agak lama tidak berchating dengan kenalan akak ni...windu pulak...sebenornya akak ni malas nak kacau ko dik!!!org bz...so tak keberatan ler akak nak entry kan pic ko kat dalam blog akak ni buat tatapan dikala rindu meroyan...hahahaha
Dia ni memang aku dah kenal dari zaman sekolah lagi...kira junior aku...satu sekolah rupanya...nama dia M******....so dikesempatan hari ni akak nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY TO YOU Dik ...semoga hari2 mendatang sentiasa cerah dan dapat dilalui dengan tabah...bila agak2 akak ni nak rasa Nasi Minyak ko dik????
Nukilan dari analiz 0 comments
Sunday, January 18, 2009
Bersabarlah teman ku...
Salam...
Entry kali ini agak menyedihkan,...ia berlaku pada teman ku Mama misha...dia kini sedang mengandungkan anak yang ke-3,...tapi tuhan lebih sayangkan bayi itu dan bayi itu meninggal di dalam kandungan seusia kandungannya 5 bulan...punca yang dapat diketahui, disebabkan bayi terlilit dengan tali pusat...Sayang seribu kali sayang...tapi ape boleh kita buat, itu adalah kehendakNya...Bersabarlah...
Nukilan dari analiz 0 comments
Friday, January 16, 2009
Congratulation...
Fuh!!!....agak bersawang jugak ini blog...lama aku tak update...nak citer pun cam takde cerita...cuma aku nak wish Congrates pada adik aku kerana AKHIRNYA,..permohonan untuk menjalani Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tercapai...setahun jugak kena jadi student...lepas tu ade rezeki jadi Cikgu...adik aku dapat KPLI di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor...So sis,...Do the Best!!!
Nukilan dari analiz 0 comments






.jpg)

.jpg)



.jpg)








