Orang kata pelangi ada tujuh warna. Tapi betul ke kita nampak ketujuh-tujuh warna pelangi tersebut? Apa yang nyata kita hanya nampak pelangi dengan berbagai-bagai warna tanpa mengira 7 warna yang terdapat padanya. Manusia juga sering begitu. Hanya membuat penilaian yang mudah dari luar. Di mana, tidak pernah cuba untuk menilai dan mengira nilai kebaikan pada seseorang itu. Hanya melihat dari luaran tetapi tidak dari dalaman. Tetapi kenapa pelangi mesti datang dan pergi? Tak bolehkah pelangi hadir setiap masa? Dengan itu, bolehlah sentiasa ditatap kecantikan pelangi itu. Adakah dengan itu, kita harus mengejar pelangi? Mengharap sesuatu yang tidak mungkin barangkali? Hidup ini terkadang seperti mengejar pelangi. Indah dan mengasyikan, namun semakin dikejar semakin jauh ia pergi. Jadi perlukah kita terus mengejar pelangi atau berhenti pada satu titik pasti….? Adakah kita akan terus mencari dan mengejar pelangi padahal kita tahu tidak mungkin itu terjadi? Adakah dengan itu kita harus berhenti berharap? Berhenti pada satu titik di mana tidak akan berpaling untuk terus mengejar pelangi? Kita tak tahu di mana penghujung pelangi? In fact, kita hanya nampak pelangi tanpa mengetahui di mana penghujungnya. Benar kata orang, hidup seperti pelangi. Kita tahu dan kita nampak kewujudannya tetapi kita tak tahu apa penghujungnya atau apa kesudahan hidup kita.
Ada orang pernah cakap, “kalau boleh aku nak jadi pelangi sebab pelangi sangat cantik. Kalo boleh, aku nak mewarnai kehidupan kau dengan warna-warna yang terdapat pada diriku..” Tapi bagi aku, pelangi datang dan pergi. Lepas hujan turun, pelangi akan muncul dan kemudian terus berlalu pergi..
Ada orang lain juga pernah cakap, ” Kalau boleh aku nak jadi matahari. Aku akan menyinari dan memberi cahaya dalam hidup kau. Tika hidup kau dirundum kegelapan, aku akan sentiasa bersama memberi cahaya untuk kau terus bersinar..” Tapi perasan atau tidak, matahari mula hadir tika subuh dan akan berlalu pergi tika surutnya mentari.. Tak kisahlah apa yang mereka hendak jadi. Tapi, apa yang pasti aku nak jadi awan. Kenapa? Kerana bagi aku awan sentiasa bersama kita. Tidak kira siang atau pun malam. Dengan kehadiran awan, hidup kita akan sentiasa teduh. Jadi, dengan kehadiran awan, kita akan sentiasa berteduh bersama.. Kau dan Aku.. Di manakah penghujungnya pelangi?
Tuesday, April 28, 2009
Pelangi oh Pelangi...
Nukilan dari analiz 1 comments
Aku tak paham la!!!...
Salam...
Dah lama aku tak N3 kat sini...takde citer yang menarik pun...mood pun takde...tapi petang tadi aku rasa cam aku ke yang bersalah atau pun 'dia' yang malu dengan ape yang telah terjadi...aku dah nasihatkan pada dia tapi, dia tetap dengan keputusan dia...so go head!!
Ari tu ye2 citer masalah dia ngan aku dan semua orang kat sini, tapi bila nampak kami,buat2 cam tak nampak je..kita pun tertanya2 asal dia tu begitu...selama ni kalau nampak dari jauh pun dah angkat muka, senyum...ni tak...menonong je jalan terus cam nampak hantu...Pelik gak aku!...kami ade buat salah ke kat dia...aku pun malas nak kusut2kan kepala otak aku memikirkan masalah dia...biar je lah dia settlekan sendiri...harap2 sumenya OK..
Nukilan dari analiz 0 comments
Friday, April 24, 2009
Happy birthday My Frend...
Salam..
Pada pagi ni aku call lah My best frend ni...tapi tak berjawab...tujuan aku call dia nak wish happy birthday la kat dia...tak lama tu aku terima SMS dari dia mengatakan dia kini berada di Tanah Suci, mengerjakan Umrah...Alhamdullilah Pah, ko sampai ke tanah suci dan bertemu kaabah pada harijadi ko...semoga segala doa akan dimakbulkan...InsyaAllah...
Aku ucapkan semoga ko selamat kembali ke tanahair..
Pada hari ini jugalah Company aku telah ditubuhkan...sudah 6 tahun...kejap je rasa
Nukilan dari analiz 0 comments





